Monday, 10 February 2014

renungkanlah....
....indahnya....


Program 3 dalam 1 ...majlis penetapan target UPSR 2014 dan Bantuan Khas Awal Persekolahan ...dirasmikan oleh PPD Hulu Terengganu Tuan Haji Safruddin ....diikuti dengan majlis sembahyang hajat pada malamnya..


...kejohanan bola jaring KDSR 1 di SK Langgar pada 5 dan 6 Februari..tahniah kepada team bola jaring kerana berjaya menggondol tempat ke 3..cuba lagi pada tahun hadapan...

Saturday, 8 February 2014

Majlis pelancaran bulan bahasa dan Program Nilam 2014 oleh Puan Guru Besar Pn Ros Haya bt Aziz

Tuesday, 4 February 2014

Wednesday, 29 January 2014

...latihan bola jaring sekolah yang diketuai oleh Puan Guru Besar Pn Ros Haya sebagai persediaan ke kejohanan peringkat zon KDSR 1....pasukan bola jaring sekolah dihidupkan kembali setelah lama mengundur diri dalam kejohanan peringkat zon...



...program yang melibatkan komuniti Kg Tanggol , Kuala Kejir dan Kg Pulau Kudat.Dijalankan pada 25 Januari 2014 bertempat di SK Tanggol
Staff SK Tanggol 2014
Team UPSR 2014
Guru SK Tanggol 2014

Monday, 13 January 2014

Logo Baru KPM

Logo Baru Kementerian Pendidikan Malaysia

 logo baru KPM
Rekabentuk oleh :
Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad
(Majlis Rekabentuk Malaysia)

Rasional
Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga di klasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan.

Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat kearah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, Biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.

Salam Maulidur Rasul


WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH

Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu juga para sahabat, tidak pernah menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu hayat Baginda.

Malah sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut hari kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum menjadi budaya mereka pada waktu itu.

Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila berasa rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka.

Tetapi pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dengan Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai ke jalan benar.

Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga wafatnya.

Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah SAW. Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam.

Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir tetapi satu taktik untuk mengumpul orang bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Semoga umat boleh kembali kepada ajaran Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu.

Berdasarkan sejarah itu, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Oleh sebab itu, acara yang boleh dihidangkan pada hari itu boleh dipelbagaikan asalkan menjurus kea rah menyedarkan umat Islam kea rah mengingati Rasulullah dan perjuangannya. Kalau dahulunya dibacakan barzanji tentu tidak salah pada hari ini disampaikan ceramah di samping pembacaan sejarah Rasulullah, bernazam, bernasyid, membaca al-Quran dan banyak lagi.

Yang penting semua itu boleh menyedarkan umat Islam kepada mengingati perjuangan Rasulullah. Dengan acara tersebut tidak timbul isu bidaah seperti yang selalu kita dengar dakwaannya pada hari ini kerana semua aktiviti itu pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan baginda tidak pula melarangnya.

Pada hari ini kita tambahkan lagi aktiviti dengan perarakan sepanduk sambil berselawat dan niatnya juga untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Amalan berarak ini pernah dilakukan para sahabat ketika menyambut ketibaan Rasulullah SAW di Madinah dari Makkah. Ternyata perbuatan sahabat itu tidak dilarang oleh Baginda.

Sempena sambutan itu juga, ditambahkan acara memberi anugerah dan penghargaan kepada orang tertentu. Amalan ini juga dilihat baik dan boleh membawa kepada rasa minat seseorang untuk mencontohi Rasulullah.

Sambutan ini perlu dibezakan dengan sambutan Barat terhadap sambutan hari lahir diri sendiri, sambutan acara potong kek, menyanyi dan menari dan sebagainya dan juga tidak sama dengan sambutan hari lahir bagi orang yang hidup dengan mati.

Sambutan hari lahir orang yang masih hidup sepatutnya untuk mahabbah diri, amalan yang telah dilakukan dan menginsafi diri beberapa hari lagi yang berbaki untuk hidup.

Manakala sambutan hari kelahiran untuk orang yang sudah meninggal dunia adalah untuk mengambil iktibar dan teladan yang baik sebagai motivasi hidup.

Jadi, amalan kita pada hari ini menyambut Maulidur Rasul diharap diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah. InsyaAllah. - Ustaz Hj Ahmad Baei Jaafar.

Tuesday, 7 January 2014

Gotong Royong Siri 1/2014


...bermula pada pukul 2.00 p.m.Gotong royong ini dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG .Fokus utama adalah untuk membersihkan bilik-bilik di bangunan lama , taman pra sekolah, menebang pokok dan menanam pokok kelapa sawit.



















Thursday, 2 January 2014

Lagu Sekolah


Pautan

emisonline.moe.gov.my
www.moe.gov.my

Kecemerlangan Sekolah

Johan perseorangan wanita..ke 3 beregu perempuan Badminton MSSM H Trg 2013 Johan Karnival Hoki Bawah 11 tahun peringkat negeri 2012 Tempat ke 3 bola sepak peringkat zon KDSR1 2013

Nostalgia

Mesyuarat Guru Kali Pertama bagi sesi 2014

Tarikh : 24 Disember 2013 Hari : Selasa

Mesyuarat Gotong Royong Perdana kali pertama 2014 bersama PIBG dan JKKK Kg Tanggol,Kuala Kejir dan Pulau Kudat

Guru Besar SK Tanggol

Selamat datang kepada Pn Ros Haya bt Aziz ..Guru Besar SK Tanggol yang baru menggantikan Pn Hajah Rajmi yang bertukar ke SK Bukit Losong berkuatkuasa pada 1.12.2013.Semoga berjaya membawa lebih kecemerlangan kepada warga sekolah.Seterusnya ,kepada Cikgu Zulkifli bin Mat Zin ..PK HEM baru menggantikan Cg Nik Aliza yang dinaikkan pangkat sebagai PK1...tidak lupa juga kepada Ustazah Roslisah bt Ali ..guru jQAF yang menggantikan Us Zuwairi yang bertukar ke SK Kompleks Gong Badak.

Wednesday, 1 January 2014

Ucapan Puan Guru Besar ..Pn Ros Haya bt Aziz sempena hari pertama persekolahan.